Salam ukhuwwah buat semua!!
Dalam perjalanan sebuah kehidupan.....kita kan ketemu berbagai babak, umpama drama yg sedang kita lakonkan...ada yang mendahului sesuatu cerita dan ada yg berupa kenangan yang kembali mahupun peristiwa yang berlalu....setiap satu penuh pengertian bagi yang mahu mengerti.....sebahagiannya pula ada beberapa BABAK dan peringkat dalam kehidupan kita dimana kita berusaha MENCARI.....
BABAK MENCARI...........kita MENCARI rezeki utk memulakan kehidupan, membina kehidupan, menampung kehidupan, meningkatkan kehidupan, mewarnai kehidupan dan berbagai sebab lagi....saat ini kita 'rempuh' segalanya sehingga ditemui apa yg dicari, kita gagahkan diri utk mendapat apa yg dicari, kita korbankan masa dan tenaga utk MENCARI...lantas kita mendapat anugerah hasil drpd apa yg dicari......jika MENCARI kebaikan maka berhasillah kebaikan, jika mencari harta maka hartalah yg didapati....jika MENCARI diri dan hakikat diri...insyaallah....diri itu akan ditemui akhirnya....pilihlah jalan mana, pilih kesemuanya atau sebahagiannya, namun yg pasti, akan ada yg TERTINGGAL, akan ada yg TERLUPUT.....pilihlah ia kerana pilihan ditangan kita....
BABAK DICARI.........seterusnya ialah kita DICARI oleh orang lain kerana bantuan kita amat dibutuhkan oleh orang lain, kerana orang lain menganggap kita telah berjaya lantas mereka mengharapkan kita boleh memberi sedikit panduan, tips, kongsi pengalaman, motivasi dan sebagainya....saat ini kita perlu keluar dari kepompong MENCARI dan bersedia untuk DICARI....bersedialah utk merasa biasa utk DICARI oleh sesiap jua sekalipun samada keluarga, saudara mara, rakan dan sahabat atau sesiapa juapun walau mungkin sebelum ini mereka tidak pernah kita kenali, tidak rapat dengan kita...bersedialah utk beranggapan bahawa mereka perlu dibantu seupaya dan sedaya kita...saat ini cabaran terbesar ialah diri, samada kita bersikap sombong dan angkuh, bersikap mementingkan diri mahupun sering beranggapan bahawa semua yg mencari kita adalah mereka yg mempunyai kepentingan sendiri...justeru jgn mementingkan diri sendiri....
BABAK TERCARI CARI.......lalu kita TERCARI CARI.....samada kita telah selesai mahupun belum melalui proses DICARI CARI....ataupun kita masih lagi MENCARI CARI.....
samada kita TERCARI CARI : cabaran baru......atau sesuatu yg telah lama luput dalam kita melalui proses MENCARI atau DICARI.......atau kasih sayang baru seolah olah yg sedia ada telah pudar mahupun mengembalikan kasih sayang yg semakin kelam....atau apapun jua.....
kita TERCARI CARI sesuatu yang mungkin bersifat dalaman bilamana kita telah berjaya MENCARI dan mengumpul segalanya yg bersifat lahiriah lantas menyedari bahawa apa apa yg dimiliki tidak bererti langsung bagi kita walau ia dilihat sangat diperlukan diketika dan saat itu (disebalik usaha, masa dan tenaga yg telah dijana untuknya) sekalipun berbanding kasih sayang, kebahagiaan, ketenangan jiwa, ketenangan fikiran, hubungan kemesraan sesama insan, damainya hati dan sebagainya yg sifatnya adalah spiritual dan emosi.....
kita TERCARI CARI hilangnya kemesraan, ketenangan fikiran, damainya hati, kebahagiaan disebalik apa yg kita telah lalui dalam kehidupan......dan akhirnya kita terus TERCARI CARI sesuatu yg kita langsung tidak pedulikan diketika kita MENCARI CARI suatu ketika dulu....lalu akhirnya tersedar bahawa segalanya telah sangat TERLEWAT....cukup terlewat buat diri ini......
Ya Allah berilah daku petunjuk disepanjang jalan ini...aku tidak tahu dan tidak mengerti hakikatnya walau realitinya seolah olah aku cukup tahu dan mengerti tentang kehidupanku sendiri.......amiin......
www.alwiyunus.blogspot.com
www.sakinahsalleh.blogspot.com
www.khalifahjiwa.blogspot.com