Tuesday, 12 June 2012

Rasa bahagia itu rezeki!


Salam ukhuwwah....


Sering kita lakukan Dhuha di awal pagi saat sang mentari telah naik...mohon agar dimurahkan rezeki. Sering kita tertanya, dimana rezeki yang dipohon itu saat dhuha disulami setiap hari! Seolah olah menunggu perkhabaran yang tidak kunjung tiba...itulah manusia. Hanya mahu menunggu sesuatu yang sifatnya fizikal tanpa memahami dan menyedari bahawa rezeki itu bukan berupa wang ringgit.


Kesihatan yang baik adalah rezeki. Selera makan juga adalah rezeki. Masa yang berlalu dipenuhi dengan perkara yang berupa mardhaatillah juga adalah rezeki! Kecukupan waktu untu solat wajib dan melakukan solat sunat juga adalah rezeki. Hubungan yang baik bersama sahabat dan teman juga adalah rezeki. Makanan yang enak dan berkat juga adalah rezeki. Tidur yang lena juga adalah rezeki berbanding tidur yang diuliti 'unfinish business'. Kemesraan dan kasih sayang sesama insan, suami dan isteri, ibu bapa dan anak anak juga adalah rezeki. Malah masalah dan cabaran kehidupan yang membangkitkan semangat juang, jiwa sabar, dan kematangan malah keimanan yang semakin utuh juga adalah rezeki yang besar. Malah saat solat dan ibadah yang semakin khusyuk juga adalah rezeki. Hinggakan sekecil kecil perkara seperti mampu bangun saat fajar tiba atau mampu memberi sedekah juga adalah rezeki yang besar walau perkara itu dipandang kecil dimata manusia.....pekerjaan seharian, mencari nafkah yang dipermudah urusan juga adalah rezeki...masyaallah, tidak terkira rupanya jenis jenis rezeki itu! Hanya sanya kita gagal untuk sedar betapa ia sebenarnya rezeki dan rahmat dari Allah swt.


Lalu semua itu mendatangkan kebahagiaan buat insan yang melalui setiap fasa kehidupan di mukabumi ini. Semua itulah rezeki....lalu pabila bahagia menyapa..ia adalah nikmat dan rezeki! Cuba renungkan sejenak semua itu! Syukurilah apa yang ada pada hari ini! Bahkan hanya jika ada cuma RM1 didalam poket, itulah rezeki...jangan dikecam keadaan diri kerana ia umpama pemberontakan yang tidak beradab kepada Illahi! Syukurilah dulu...lihatlah nikmat yang telah diberi. Lalu bersabar seketika...insyaallah, jalan penyelesaian tetap ada! Yakinlah dengan DIA! Syukurilah DIA....insyaallah...bahagia kan menyapa!


Kita punya pilihan...kita juga punya peluang, namun utk pilihan dan peluang itu bersatu lalu menyapa bahagia, kita perlu BERUBAH!.........Ubahlah diri dengan kebaikan.....Pabila demikian, diri akan bersikap positif, lalu ia membangkit daya fikir kreatif untuk menyelesaikan segala macam masalah! Jangan dipikul beban masalah, cubalah selesaikan ia satu persatu...pabila selesai, tinggalkan ia, bukalah fasa baru....lalu bahagia kan menyapa kembali! amiin Ya Rabb....ku bergantung hanya padaMU..aku lemah, aku hina dina...hanya diKau yang tahu betapa aku ini kerdil Ya Rabb!

No comments:

Post a Comment