http://alwiyunus.blogspot.com/2013/05/mengapa-tiada-kesan-atau-memberi-makna.html
Assalamualaikum wrt.wbt
Khutbah....proses penyampaian yg menjadi rukun dalam solat Jumaat! Sesuatu yang biasa kita dengar! Sejak dulu hingga kini! Berbagai maksud dan gaya serta tema! Dari yang paling membosankan, 'streotype' kepada yang sangat menarik! Kebanyakannya berkisar kepada Islam, jarang sekali yang berkisar tentang dunia lalu diislamkan!
Aku belum pernah lagi sehingga hari ini mendengar khutbah yang membicarakan tentang 'street soccer' misalnya lalu dikupas dalam konteks riadah dan kepentingannya dalam membentuk ukhuwwah, menjadikan masjid dan surau sebagai pusat aktiviti dan pusat riadah! Bagaimana 'street soccer' ini penting utk belia dan remaja! Lalu kita tawarkan ia sebagai satu pakej yang mereka terima untuk mendekati masjid, mendengar kuliah motivasi remaja dan belia di masjid, hanya melalui platform 'street soccer'! Penerima hadiah kemenangan menerima hadiah lumayan yang mensyaratkan mereka membawa rakan mereka menyertai qiyamullail sebagai contohnya! Belum ada lagi yang sedemikian dalam khutbah khutbah yang saya dengari setakat ini sepanjang hidup saya!
Mungkin mendengar khutbah yang membicarakan tentang IT dan bagaimana mengawal anak anak, serta mendidik anak atau semua orang kaedah menggunakan IT untuk pelajaran, pengetahuan, dakwah dan sebagai sumber meningkatkan iman dan memperbanyakkan pahala! Atau khutbah yang ditujukan khas untuk memaklumkan dan menyelesaikan masalah masalah setempat di sesebuah komuniti, sebagai contoh masalah anak anak yang masih berkeliaran walau hari telah gelap (masuk waktu maghrib) atau anak anak yang masih berkeliaran walau waktu sudah menjengah tengah malam! Ini masalah setempat! Lihat anak anak kita berpeleseran tidak pada waktunya! Bersiar siar bersama rakan ini bagus akan tetapi perlu ada kawlaan dan pada waktu yang sesuai!....
Biasanya khutbah menjurus kepada sesuatu yang berulang ulang setiap kalinya! Sesuatu yang sangat umum! Sesuatu yang tidak fokus kepada masalah setempat! Tidaklah khutbah sedemikian itu salah, akan tetapi perlu ada variasi dan kreativiti supaya faedah dan kesan dapat dinikmati oleh para jemaah! Bukan berkhutbah hanya semata mata kerana ia rukun dalam Solat Jumaat!
Khutbah terlalu panjang juga biasa saya temui! Seolah olah segalanya mahu disampaikan pada saat dan waktu itu! Manakala khutbah yang menjerit2 akibat pengkhatib yang terlalu bersemangat dan juga sistem 'kawalan audio' yang sangat kuat bunyinya juga biasa saya dengari! Itu belum lagi khutbah yang menghentam berbanding membina lalu ia memancarkan aura negatif kepada semua jemaah!! (Kalian tentu faham apa maksud saya ini)!....
Sudah sampai masanya kita membuat pembaharuan, memberi nilai tambah terhadap isi kandungan khutbah dan kaedah penyampaiannya agar ia segar dipenuh mesej mesej membina, positif dan memberi kesan positif kepada pendengar dan para jemaah! Insyaallah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.