Tuesday, 17 April 2012
Khalifah Jiwa in the Making....
Anak-anak adalah menyambung zuriat dan keturunan...oleh itu didiklah mereka dengan cara hidup Islam, asuhlah mereka menghayati apa ertinya bergelar Muslim...memetik kata-kata saya yang ditulis di ruangan http://travelogempayarjiwa.blogspot.com/2012/04/membina-integriti-dan-kematangan.html
Percayalah jika kita bergelar jutawan bukan bermakna kita perlu hidup dengan gaya hidup sebagaimana jutawan. Jika kita miskin tidak bermakna kita perlu merasa hina dengan kemiskinan dan sanggup berbuat apa sahaja untuk dilihat sebagaimana jutawan. Tidak penting tidak dilihat sebagai kaya raya, juga tidak perlu gusar dilihat sebagai miskin. Dunia dikejar tidak berkesudahan, jika kita diri sendiri tidak mementingkan material dan kemewahan maka InsyaAllah anak-anak kita akan mengikut acuan kita. Saya mengingatkan diri sendiri dan kalian semua: "Zuhudlah pada dunia" agar kita mampu membina integriti dan kematangan berfikir kepada anak-anak. Ia akan menjadi signal kepada mereka bahawa dunia hanyalah alat unutk mancapai tujuan akhirat.
Wallahuaalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment