Tuesday, 12 June 2012
Kompas diri...mencari cari arah!
Salam ukhuwwah...
Macam macam ada....jika mahu pedoman, ia ada disitu! Tentunya kita perlukan pedoman. Tanpa kompas kita tidak tahu arah utara mahupun selata atau timur dan barat. Jadi jangan menyangka bahawa kita tidak perlukan pedoman. Tanpa pedoman, maka insan tidak akan tahu bahawa yang itu haram, yang ini halal, yang itu wajib, yang ini harus dan sebagainya. Kita tidak akan tahu apa yang boleh, apa yang tidak boleh dalam kehidupan ini.
Jangan menyangka, hirupan nafas pertama saat lahir ke dunia itu adalah tanda kebebasan mutlak! Tidak sama sekali....ia bermakna bahawa ada amanah besar terpikul dibahu. Ada sumpah yang perlu dilaksana. Ada janji yang perlu ditepati. Ada persoalan yang perlu dijawab nanti! Akan tetapi inilah diri, diriku dan kalian semua...sering alpa dan lupa. Bahawa janji yang dimeterai itu perlu dipenuhi tetapi ia hanya berlalu begitu sahaja. Kehidupan fana yang hanya sekali ini terus sahaja dibazirkan begitu sahaja. Tidaklah hidup ini untuk berbuat sesuka hati.....bicara seenaknya, mengata semahunya, mengeji 'sesedap' kata, berlaku semahunya....batas dilanggar sesukanya....
Kitab agung itu punya pengertian, punya pedoman pelbagai...jangan jadikan ia umpama sampah....diguna bila mahu, disepikan bila tidak mahu! Bila sakit baru tercari cari ubat, bila serabut baru tercari cari ketenangan...apakah kita ini?
Cuba tanyakan kepada diri tentang soalan ini.......
1. Jika kalian diberi preskripsi oleh seorang doktor untuk mengubati penyakit......adakah cukup dengan hanya menggantung preskripsi itu dileher? atau merendamnya ke dalam air lalu meminum airnya dengan harapan kesakitan itu akan pulih? Jenis pesakit apakah kita ini? Tentunya sang doktor akan geleng kepala melihat telatah kita....begitulah juga betapa serupanya kita melayani wahyu dan firman Allah swt dalam alQuran alKarim.....yang berupa preskripsi tentang kehidupan, penyelesaian masalah kehidupan, namun kita biarkan tidak ambil peduli.....atau kita ambil apa yang kita sukai dan meninggalkan sebahagian yang besar....masyaallah! Jenis manusia apakah aku ini? Jenia manusia apakah kita ini! Sewenang wenangnya merentas batasan yang telah ditetapkan lalu menempah 'penyakit' dan balasan atau akibat dari tindakan kita!
Fikirkan dan renungkan sejenak!
Fahamilah, dan renungkan lah makna dari wahyu Illahi! Jangan sekadar dibaca tanpa difahami! Waima kita ini tidak tahu bahasa arab, sekurang kurangnya banyak tafsir alQuran yang ada...mengapa kita tidak teliti maksudnya....jika tidak difahami, mengapa tidak rujuk kepada para ulama...mahupun tafsiran dan hasil tulisan para ulama terdahulu!
Inilah akibatnya apabila nasihat "DOKTOR" yang pakar tidak kita endahkan. Maka berlakulah segala macam kebejatan dalam kehidupan manusia! Tidakkah kita ini sombong tanpa disedari apabila kita tidak mengendahkan seruan dan nasihat Allah swt dan tidak mengikuti Sunnah Rasulullah saw! Aduhai insan...aduhai diri! Muhasabahlah! Sesungguhnya didalam alQuran itu...macam macam ada untuk kebaikan manusia! Berbagai pengajaran dan tips yang hebat ada.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment