
Khalifah Jiwa – Satu Pendekatan Perubahan Diri


Sejak beberapa ketika coretan ini terhenti. Agak sibuk sejak akhir akhir ini tambahan pula jentera minda difokuskan kepada penulisan laporan tesis! Juga agak sibuk dengan kehadiran Syaaban yang mulia dan Ramadhan yang berkat!
Jangan menyangka, hirupan nafas pertama saat lahir ke dunia itu adalah tanda kebebasan mutlak! Tidak sama sekali....ia bermakna bahawa ada amanah besar terpikul dibahu. Ada sumpah yang perlu dilaksana. Ada janji yang perlu ditepati. Ada persoalan yang perlu dijawab nanti! Akan tetapi inilah diri, diriku dan kalian semua...sering alpa dan lupa. Bahawa janji yang dimeterai itu perlu dipenuhi tetapi ia hanya berlalu begitu sahaja. Kehidupan fana yang hanya sekali ini terus sahaja dibazirkan begitu sahaja. Tidaklah hidup ini untuk berbuat sesuka hati.....bicara seenaknya, mengata semahunya, mengeji 'sesedap' kata, berlaku semahunya....batas dilanggar sesukanya....