Friday, 24 February 2012

Khalifah Jiwa

Salam ukhuwwah....



Konsep Khalifah Jiwa

Lembaran perjalanan kehidupan bermula apabila insan dicipta dan dilahirkan ke dunia ini untuk memikul amanah sebagai Khalifah Allah swt di atas mukabumi. Ia dijadikan untuk memikul amanah mentadbir dan menjadi ‘hamba’ Allah dengan melakukan segalanya atas dasar KERANA ALLAH dan beribadah untukNYA. Dunia ini merupakan tapak untuk insan mengagungkan keESAan Allah, mentauhidkan Allah swt dan melakukan amar maaruf dan nahi mungkar mengikut perintah dan lunas serta larangan laranganNYA.

Terkandung didalam dirinya beban amanah (DUTIES) yang diterjemahkan dalam bentuk amalan amalan (DEEDS) dalam kehidupannya. Ini disoroti oleh hakikat keimanan kepada Allah swt melalui konsep 3i iaitu ketauhidan manusia kepadaNYA (IMAN), perlaksanaan perkara perkara ketauhidan kepadaNya (ISLAM) dan juga keikhlasannya (IHSAN) dalam melaksanakan semua perkara perkara tersebut. Hakikat ini diterjemah dalam bentuk kemandirian manusia melalui konsep ilmu (ILM) yang dengannya insan mengetahui hakikat siapa itu Tuhannya dan hakikat ilmu itu sendiri akan memandu manusia kepada Rabb nya (TuhanNya). Konsep Ilmu ini dipandu oleh wahyu Illahi dalam bentuk alQuran yang menjadi tunjang rujukan sistem nilai hakiki dari Khaliq lalu diperincikan melalui Sunnah RasulNya Muhammad saw. Inilah juga yang digelar sebagai sistem RABBANI. Ilmu yang tidak dipandu kepada sistem rabbani ini akan menyebabkan manusia melewati sempadan nilai etika dan akhlak kehidupan. Inilah kepercayaan yang menjadi sistem nilai atau “Belief System” dalam diri seseorang insan, lalu insan itu menjalani kehidupan dalam komposisi yang teratur dan saling memerlukan antara satu sama lain, yang hidup dalam masyarakat (SOCIETY) dan menggunakan alam (ENVIRONMENT) ini untuk kehidupannya.

Perkaitan manusia dengan Allah iaitu hubungannya dengan Penciptanya (HABLUM MINALLAH) menjadi tunjang kehidupan insan manakala appresiasi hubungannya dengan insan lain (HABLUM MINAN NAAS) serta alam adalah gabungan kehidupan itu sendiri. Semuanya bermotifkan keseimbangan kehidupan di dunia bagi mencapai hakikat kehidupan abadi di akhirat. Semua ini menjadi suatu gabungjalin yang utuh dalam kehidupan insan kerana tidaklah insan itu wujud dalam bentuk fizikal semata mata melainkan ia punya rupabentuk jasmani, rohani, aqal fikiran dan nafsu. Segalanya perlu tunduk dan patuh kepada Sang Pencipta sebagai manifestasi keimanan kepadaNYA. Justeru, amatlah penting untuk memahami bahawa insan itu berupa jasmani, rohani, aqal dan nafsu yang perlu diperkukuhkan perkaitannya antaranya menjadi suatu gabungan nilai yang bersepadu lalu menatijahkan konsep Khalifah Jiwa yang membentuk kerangka kehidupan manusia. 

Khalifah Jiwa adalah gabungjalin konsep yang mematuhi prinsip prinsip keimanan, ketaqwaan, keislaman dan keihsanan seorang insan dalam rupabentuk jasmani, rohani, aqal dan nafsu yang mengakar dalam hidup seorang insan lalu menjadikan ia hamba Allah yang sebenar benarnya. Jika tiadanya Khalifah Jiwa dalam diri seorang insan, maka akan hilanglah jatidiri, terumbang ambinglah kehidupan, bejatlah aqal dek kerana tewasnya ia kepada nafsu lalu melatalah kemungkaran diatas mukabumi ini kerana natijah hilangnya iman dan taqwa.

Khalifah Jiwa tuntas akan memberi sinar terang dalam kehidupan insan kerana ia menyeimbangkan semua hubungan dan komponen kehidupan insan. Ia adalah model kehidupan seimbang berdasarkan Quran dan Sunnah NabiNya. Ia membentuk AKHLAK insan dalam menjalani kehidupan di dunia ini yang akan menentukan hasilan hasilannya di akhirat kelak. Ia menentukan insan agar sentiasa dalam keadaan FITRAH, iaitu suci dalam bentuk pemahaman kehambaannya kepada Penciptanya. Insan yang punya jiwa kekhalifahan yang utuh didalam diri akanmenjadi peribadi contoh buat dirinya sendiri malah mereka yang terdekat dengannya lalu insan itu mengikuti jalur maaruf yang diredhai olehNYA yang membawa kebaikan untuk dirinya sendiri dan masyarakat. 

Semarakkan Khalifah Jiwa dalam diri, kelak kalian kan mampu Kenali Diri dan Membina Identiti serta Jatidiri......

wallahualam!



Wednesday, 22 February 2012

KARMA KEHIDUPAN



Seringkali hidup tidak seperti yang dicitakan
Bertukar wajah dan cerita bukan bagai diimpikan
Kisah lara dan duka berganti-ganti datang dan pergi
Apakah ini karma kehidupan atau takdir satu perjalanan
Menagih kesabaran diri juga menguji keteguhan hati
Bertasbih jiwa berlagu hati
Menyahut cabaran dan luka yang terpendam
Bagaimana selepas ini
Bolehkah meneruskan perjalanan
mengharapkan ada cahaya dihujung jalan
mendoakan wujud sinar disetiap laluan
Lalu kaki melangkah, meneroka ke masa silam
Kembali menoleh ke belakang
Adakah lagi sisa harapan
Andai karma tidak lagi dipertaruhkan
Kerana diri sudah kenal erti kehidupan
Perlu disahut segala ujian
Merampas pergi segala kekeliruan
Langkah kejayaan perlu bermula
Menyelesaikan perkara yang belum kesampaian
Menyudahkan cerita yang telah dikarang
Moga pengakhirannya tercipta satu kebahagiaan.

Dipetik dari http://travelogempayarjiwa.blogspot.com/2012/02/karma-kehidupan.html

Thursday, 16 February 2012

Lihat lah pada ibrah bermusafir!


Salam ukhuwwah!


Jika kalian pernah bermusafir, keserata tempat di alam ini, samada ke luar negeri mahupun hanya didalam negeri sahaja, pasti akan kalian akan ketemu beberapa insiden yang menjengah hati nurani....ada sesetengah dari kita, yang membiarkan ia berlalu tanpa mengambil 'ibrah' mahupun pengajaran, yang pasti sikap sedemikian amat merugikan kerana 'ruh dan jiwa' musafir ialah untuk mengambil 'ibrah' dari titipan pengalaman yang dikutip disepanjang jalan musafir.....ada pula yang mengambil 'ibrah' dari laluan pengalaman yang ditempuhi, sesungguhnya, dia orang yang beruntung...kerana proses mengambil 'ibrah' ini penting agar proses hijrah diri atau memperbaiki diri dapat dilakukan secara terus menerus! Ingatlah, terkadang ALAM yang mengajar kita! Hanya sanya kita mahu atau tidak mengambil 'ibrah' dari pengalaman alam itu!


Ada banyak ibrah namun dalam sesi kali ini saya hanya mahu fokus kepada satu aspek 'ibrah' iaitu pengalaman menjadi Mukmin/Muslim yang bermusafir!


Persoalannya, pernahkah terfikir mengapa Islam tidak dihormati? Pernahkah terfikir mengapa orang bukan Islam memandang remeh kepada kita orang Islam? Pernahkah mengalami pengalaman bagaimana Islam itu diamalkan di daerah majoritinya bukan Islam! Jika persoalan persoalan ini tidak terlintas difikiran kalian, maka sebenarnya kalian perlu keluar dari kepompong sendiri, perlu melakukan explorasi di dunia lain, kelak kalian kan mengetahui pengalaman pengalaman itu! Kita sudah terlalu lama duduk dalam suasana sendiri, bergerak dalam kelompok sendiri sehingga kita tidak mampu melihat dari kacamata LUAR bagaimana kita ini!


Islam ini mudah....laksanakan apa yg disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang...memang sukar melakukan buat pertama kali kesemuanya yang diperintahkan, justeru perlu ada proses pentarbiahan diri, perlahan lahan buat mana yang mampu, dan semakin hari sentiasa dipertingkatkan. Ia dilakukan dengan proses mencari ilmu, menambah ilmu, memperkembangkan ilmu. Bukan melalui proses ikut ikutan semata mata dari mula hingga usia dan umur meningkat tua. Ingatlah bahawa wahyu pertama ialah gesaan yang kuat untuk menuntut ilmu, "iqra" iaitu "bacalah" sebanyak 3 kali! Betapa menuntut ilmu amat digesa! Jika sudah tahu, maka dalami lagi, ia perlu sentiasa berkembang! Jika malas membaca, maka hadiri majlis ilmu! Apapun tidak dapat tidak, perlu berusaha untuk belajar, terus membaca buku buku, kitab kitab dalam usaha pencerahan! Jika malas membaca, maka kejumudan akan melanda pemikiran dan itu membuahkan pemikiran dan tindakan yang jumud, tidak terbuka, lalu tentunya ia terpercik kepada orang lain. Hanya kerana kita bersikap dan berfikiran jumud, maka tindakan tindakan kita juga akan menjurus kepada perkara perkara yang jumud dan pada wkatu yang sama orang lain juga 'terpengaruh' dengan kejumudan kita! Ditambah pula kesukaan kita untuk melahirkan idea dan pendapat kejumudan melalui laman sosial seperti Facebook dan sebagainya, lalu dibaca oleh orang lain, tentunya asimilasi kejumudan itu merebak kepada orang lain. Secara tidak langsung, kita memulakan proses secara tidak disedari untuk menjebak orang lain untuk turut sama jumud, sejumud fikiran kita! Disinilah masalahnya!


Oleh itu, perlu sentiasa berlaku proses pencerahan melalui tarbiah diri dengan ilmu! Dalami konsep yang sedia ada difahami, galilah ia didalam rujukan rujukan, didalam kitab kitab "MUKTABAR" yakni kitab kitab atau buku buku yang sahih! Tidaklah maksud saya hanya semata mata belajar melalui buku sahaja kerana ia juga konsep yang sempit dalam proses menuntut ilmu! Perlu juga berguru, 'fas aluu ahlaz zikri in kuntum laa taklamun'...tanyalah orang yang tahu jika kamu tidak tahu...tanya dahulu, sahkan dahulu baru buat! Bukan buat dahulu kemudian muncul 'tidak pasti' lalu bertanya!....


Justeru, apabila bermusafir, maka akan terjadi proses proses praktikal amalan dan ibadah di sepanjang musafir, maka lakukanlah dengan ilmu, bukan membabi buta! Pada waktu yang sama, kalian akan mengalami dan mendapati perbezaan perbezaan perlaksanaan, maka disitu akan timbul persoalan persoalan! Segala persoalan ini perlu pencerahan, boleh sahaja dirujuk kepada yang pakar, ilmuwan atau merujuk kitab kitab muktabar! Saat itu, kalian akan memahami bahawa bukan hanya kita malah orang lain melakukan dengan kaedah dan cara tersendiri, mesti ada hujjah, mesti ada dalil, mesti ada nas! Disitulah lahir pemahaman, lalu pertentangan pendapat dapat dilayan dengan sebaik dan seadilnya. Kita bina jambatan dan duduk dijalan yang tengah! Itulah wassatiyyah namanya! Maka, rajin rajinlah melihat dari luar berbanding terkongkong dalam dunia sendiri! Insyaallah!!!



Ibrah dari cerita.....

Salam ukhuwwah....


Sepetang bersama teman tadi....berbual tentang kehidupan bukan berbual tentang orang lain. Memang itulah bahas yang terbit dari bibir mulut tiap kali kami bertemu mahupun bertamu! Kami berbual tentang diri sendiri...mengambil iktibar dan pengalaman sesama. Terpacul dari mulutnya sang teman "aku menitis airmata la bro bila baca kisah hidup Umar alKhattab.." "Nape....rileks la, dia dan para sahabat Nabi saw yang lain adalah  pencontoh pencontoh yang agung tentang kehidupan malah utamanya tentang iman, taqwa dan akhlak selain Nabi saw sendiri"...kataku!


Sebenarnya aku sering mengunjuk buku buku yang memberi impak besar dalam kehidupan ku sendiri buat tatapan sang teman, moga moga ada ibrah yang boleh diambil darinya. Salah satunya ialah tulisan Abdul Rahman Assyarqawi ini. Sebelum ini begitu banyak buku yang sering ku kongsikan bersama sang teman. Buku buku Sheikh Abul A'ala al Maududi, Dr. Aidh Abdullah alQarni, dan buku buku yang diterjemah dari kitab kitab arab...buku yang punya sandaran fakta yang betul dan benar, yang ada rujukan, yang punya nilai pengalaman kehidupan dan yang mampu membentuk fikrah....maklum, aku sendiri kurang mahir memahami bahasa arab, justeru aku sentiasa mencari buku buku terjemahan. Ini penting untuk membantuku memahami secara berfakta! Perkara perkara inilah yang selalu ku bincangkan saat aku bertemu dengan sang teman ini!


Al-Quran Berjalan Rahmat Bagi Sekalian AlamDulu kami berkongsi buku "alQuran berjalan" oleh Dr. Aidh Abdullah alQarni....aku menitis airmata juga apabila melihat perjuangan dan susah payahnya perjuangan Rasulullah saw...sang teman juga begitu, tetap juga menitis airmata dek terkesan dari mesej yang disampaikan dalam buku itu. Sejak itu, banyak penggalian yang kami buat bersama saat dari itu, samada dalam buku buku yang sering kami baca, mahupun apa apa bahan dan buku yang sering kami bertukar, silih berganti antara satu sama lain....antara buku lama yang memberi impak besar dalam hidup ku sendiri dan hidup sang teman ialah buku terjemahan dalam bahasa Inggeris koleksi khutbah yang disampaikan oleh Sheikh Abul A'ala Maududi "LET US BE MUSLIM"......ini buku lama, tiada dalam pasaran, aku pernah membeli beberapa naskah tajuk yang sama, lalu ku hadiahkan buat teman teman tertentu. Ia mengandung penuh pengajaran! Jika kalian berpeluang, carilah buku itu....ia penuh makna! Aku dan sang teman, sering mengimbau dan berdiskusi tentang kandungan dalam buku "Let us be Muslim" itu.....hingga saat naskhah tersebut hilang entah ke mana....samada aku terlupa atau ada teman yang meminjam buku lalu terlupa memulangkannya....sayangnya! Pernah 2,3 kali pergi ke kedai buku di Jalan TAR mencari naskhah yang sama namun tiada! Apa yang ada ialah naskhah yang baru..."The Fundamental of Islam"...kandungan yang hampir serupa, namun aku masih sukakan terbitan yang terawal dulu kerana bahasa dan terjemahan bahasa Inggeris yang menarik dan sungguh menyentuh hati!......


......itulah ceritaku tentang ibrah dari buku dan cerita cerita bersejarah yang ada. Terkadang kita mudah mengkritik dan bercakap tentang sesuatu, walhal sesuatu dalam kehidupan itu punya asal usul, pernah dialami oleh orang lain mahupun oleh orang orang terdahulu, malah permasalahan pernah difatwakan oleh para sahabat Rasulullah saw dan ianya relevan dalam kehidupan kita pada hari ini. Hari ini ungkapan kita sewenangnya dititipkan....jika kita toleh sedikit kebelakang, dan meneliti kisah kisah perjalanan orang orang terhebat dalam Sirah Rasulullah saw....pasti kan kita peroleh sesuatu yang sangat bermakna buat bekal "cara berfikir" kita dalam kehidupan.


Aku mendapati, kebejatan kata kata terutama di laman laman sosial dan internet dewasa ini, pertelingkahan yang berlaku, fitnah yang merata, pertentangan pendapat yang tiada kesudahan adalah kebanyakannya berpunca kerana CARA BERFIKIR yang tidak mengikut landasan AlQuran dan Sunnah....


Benar....! Kita kata kita sudah tahu, walhal pada waktu yang sama banyak aspek dan perkara yang kita tidak tahu sebenarnya! Kita kata kita mengikut alQuran dan Sunnah Rasulullah saw...akan tetapi kalian kan mendapati bahawa pertikaian tidak merapatkan saf dan perpaduan, malah pertikaian dan perselisihan pendapat itu lebih menjarakkan hubungan, lebih mengkucar kacirkan kesatuan dan perpaduan Islam.....mengapa?? Masalah asasnya ialah tiada ilmu walau kelihatan macam berilmu....lalu ilmu itu tidak membentuk cara berfikir! Inilah masalah asasnya!.....lalu akhirnya, tidak wujud kesepaduan cara berfikir yang akan menatijahkan persefahaman! Masyaallah!




Justeru itu, marilah MEMBACA!........bacalah yang memberi manfaat, mengundang REDHA Illahi, bacalah alQuran, fahami isinya, ambil IBRAH dari alQuran.....pelajari dan fahami kupasan kupasan alQuran, fahami Sunnah Rasulullah saw, telusuri sirah Nabi saw, kisah kehidupan dan perjuangan para sahabat Rasulullah semua.....jangan jadikan bahan bacan yang lain sebagai keutamaan, jangan terlalu terkesima dengan cerita cerita khayalan yang menyentuh perasaan kelak kita kan menjadi manusia yang terikut terikut dengan sentimen dan fantasi. 

Saturday, 11 February 2012

Pesanan buat diri: Saat meniti hujung usia...


Pernahkah kita terfikir andai Allah memanjangkan usia kita, bagaimanakah corak kehidupan yang akan kita lalui nanti?Adakah kita diusia tua masih perlu berusaha keras untuk mencari sesuap nasi demi meneruskan hidup atau kita menikmati hari-hari dengan begitu indah dengan menunaikan ibadat serta hidupa bahagia bersama keluarga...Atau mungkin juga kita hidup dalam kekalutan dan huru hara kerana permasalahan diri/keluarga, bermasam muka dengan sanak saudara biar harta mengunung, mungkin kita masih lagi bergelumang dengan maksiat tanpa rasa insaf..atau apa-apa sahaja cobaan kehidupan ini yang terpaksa kita lalui...kerana ada juga yang terlantar sakit mennghabiskan sisa usia menanti saat diri dipanggil Illahi. 

Cetusan ini saya lontarkan untuk kita sama-sama muhasabah perjalanan kehidupan kita. Sering saya suarakan " KITA ADALAH APA YANG KITA BERI DALAM KEHIDUPAN KITA" .Pepapatah Melayu juga ada menyebut, buat baik berpada-pada..buat jahat jangan sekali.. bahkan sajak yang begitu popular sering kita dengari..
Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga. 
Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang jua..
Maka apabila kita renungkan akan kehidupan kita ini..sudah pasti kita akan merasakan bahawa kehidupan ini sudah ditentukan oleh Allah sama ada baik atau buruk. tetapi kita tidak boleh sekadar meletakkan sandaran semata-mata nasib kita kepada takdir, kerana manusia itu perlu berusaha. Kebergantungan hidup itu adalah 100% diserahkan kepada Allah s.w.t setelah ktia berusaha,berdoa dan bertawakkal padanya. 
Saya ingin membawa satu kisah yang menyebabkan saya amat bersyukur dengan apa yang Allah berikan...dan saya berdoa moga ketentuan pengakhiran hidup saya berakhir dengan baik, damai dan penamat nyawa ini biarlah dengan 'husnul khatiimah...Lailahaillah Muhammad Rasullulah". 
Ada seorang pak cik tua yang berbasikal usang sering saya lihat menyorong basikalnya mengutip kotak-kotak ditepi-tepi bangunan, adakala dia berada ditempat tong besar berhampiran bangunan berhampiran semata-mata mencari kotak-kotak yang masih elok untuk dijual bagi membeli keperluan dan makanan. Apabila saya melihat pakcik tua itu..saya amat sedih/insaf dan membayangkan ibu saya sendiri...Jika orang tua itu adalah ibu/ayah kita..sanggupkah kita membiarkan mereka yang sudah begitu berusia, kudratnya sudah tiada untuk bekerja?
Saya percaya pakcik tua itu TIADA PILIHAN... dia terpaksa bekerja untuk sesuap nasi..mungkin anak-anak mereka juga susah atau mungkin juga anak-anak tidak mempedulikan mereka...
Melihat scenario begini akan membawa kita kepada penilaian terhadap diri sendiri... satu masa jika Allah lanjutkan usia,pastinya kita ingin menghabiskan masa itu untuk beribadat, jika ada kemampuan kita ingin memberi manfaat kepada orang lain.. dan sekiranya kita ini bakal menyusahkan orang-orang yang sekelilng kita yang kita sayangi seperti kita sakit tiada harapan untuk sembuh, tidak mampu melakukan sesuatu dengan sendiri,tidak berdaya melakukan ibadat lagi .maka mohonlah supaya Allah mengambil nyawa kita lebih awal... Namun jika kita sebagai anak, berusahalah memberi yang terbaik kepada kedua ibu bapa sebelum mereka menutup mata..Biarlah mereka menikmati kehidupan ini dengan bahagia..
Ibu saya adalah ikon buat saya..kejayaan kecil yang saya perolehi adalah hasil dari teladan yang ditunjukkan oleh ibu. Dihujung usianya..Ibu berjaya membuktikan bahawa realti kehidupan ini adalah hasil dari apa yang kita semai dan akhirnya kita tuai...Pengorbanan seorang ibu tunggal yang masih muda setelah kematian suami yang terpaksa menjaga ibu mertua, ibu tiri dan membesarkan anak-anak hingga mereka berjaya dengan ikhlas dan memastikan Allah semata-mata tempat berharap..ternyata segala pengorbanan kepada kedua ibu, terhadap anak-anak sememangnya terbalas..Ibu meniti kehidupan dengan bahagia bersama keluarga dan menikmati banyak perkara yang tidak dapat dikecapi sebelum ini dihujung usianya..Dialah  Ibu Mithali buat kami semua...
Moralnya..dalam kehidupan ini...Apabila kita melakukan sesuatu kerana mencari Mardhatillah, menjaga silaturrahim dengan manusia dan alam, maka Allah pasti membalas segala kebaikan dengan sebaik-baik balasan..jika tidak menerima pembalasan di dunia pasti ada di akhirat nanti..Ameen

Wallahuaalam

Ummu Ieman Ihsan

Wednesday, 8 February 2012

Pesan buat teman teman!


Salam ukhuwwah!

Selagi kita masih mengelamun sia sia dan duk santai di kedai kedai kopi saat waktu solat tiba.......
jgn bicara soal memperkukuh ummah!

Selagi kita tidak mampu tersenyum buat meratakan ukhuwwah,
jangan bicara soal perpaduan!

Selagi kita bermasam muka antara satu sama lain dalam hal dan isu isu kecil mahupun besar
jangan bicara soal keutuhan persaudaraan sesama!

Selagi kita tidak kembali kepada apa yang disuruh dan apa yang dilarang, lalu mengambil@melakukan sebahagian dan meninggalkan@tidak melaksanakan sebahagian yang lain,
jangan bicara soal kebangkitan umat Islam!

Selagi kita menyempitkan pandangan, tidak bersikap terbuka, malah egois dan emosi,
jangan bicara soal Islam itu universal, Islam itu global!

Selagi kita masih menyakiti sesama sendiri dengan celaan, hinaan, kutukan, saling berbalas balasan,
jangan bicara soal kepercayaan sesama, keharmonian perhubungan mahupun kuasa politik!

Selagi kita dok syok sendiri, terhibur dan sukakan hiburan, menjadikan penyanyi sebagai idola, menjadikan nyanyian mereka sebagai pengisi masa lapang,
jangan bicara soal memperkukuh iman dan jiwa!

Selagi kita menjadikan pekerjaan seharian bukan kerana mencari redhaNya,
jangan diharap soal mendapat imbuhan akhirat!

Selagi kita sibuk bicara soal orang lain, berbanding soal bicara kelemahan diri sendiri-amalan yang kurang, ibadah yang lompong sana sini,
jangan diharap kita kan menjadi Mukmin sejati!

Selagi kita sibuk fitnah memfitnah, mengaib dan membuka keaiban orang,
jangan bicara soal menjadi Mukmin sejati!

Selagi kita alpa terhadapNya, jangan harap DIA kan mengingati kita, walau Dia sememangnya mengetahui apa yang kita lakukan samada yang tersembunyi mahupun yang nyata!

Ini kerana kita masih lagi belum benar benar sejati menjadi seorang Islam, belum meresap ajaran Rasulullah saw dalam diri lalu membina diri menjadi seorang mukmin!

Masyaallah, aku ini hambaMU yang lemah Ya Rabb! Ampuni aku dan bantu aku! Aku hanya cuba memperingat diriku sendiri dan kalian semua!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 7 February 2012

Utama dan mengutamakan...!

Salam ukhuwwah....

Utama dan mengutamakan! Apa yang lebih utama? Makanan ke pakaian? tentu makanan sebab kalau tak makan boleh mati! apa yang lebih utama, makanan ke minuman? tentu minuman, sebab kalau tak minum, badan akan 'dehydrate' dan dalam tempoh 3 hari, boleh mati!....Mana yang lebih utama, udara ke air? tentu udara sebab tanpa udara yang dengannya kita bernafas, tentu dalam tempoh beberapa minit kita akan mati sesak nafas sebab tiada udara!
 

Mengertilah ilmu keutamaan! Pelajarilah ia! Mana yang utama....beriman atau tidak? Tentu IMAN itu lebih penting berbanding TIDAK BERIMAN sebab kalau kita mati sesak nafas, mati sebab kebuluran, mati sebab kemalangan, sebab sakit atau apa sahaja, tetapi tiada IMAN, tentu ia tidak berguna langsung, namun jika sebaliknya, kita punya IMAN, maka mati dalam apa jua cara sekalipun (bukan mati bunuh diri sebab ia tanda mati dalam keadaan tiada IMAN), ia tentu berguna buat memulakan perjalanan yang baru, kehidupan selepas MATI....mungkin pada pandangan manusia, baik kita mati kebuluran, baik mati kerana dibunuh atau apa sahaja sekalipun, ia seolah olah menyedihkan! Namun jika kita punya IMAN, ia bekal yang amat berharga buat kita menemui Illahi!
   

Begitu juga, dalam senario kita bersaudara sesama Islam, dan saudara seagama kita itu melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Islam dan peraturan, suruhan dan larangan Allah dan Rasulnya, mungkin bukan semuanya, mungkin ada sebahagian tingkah lakunya  adalah bertentangan dengan Islam, malah menuruti jalan jalan munafik....apa yang lebih UTAMA? Adakah lebih lebih utama untuk kita menasihati saudara seagama kita itu berbanding kita mengecamnya, menyisihnya, membiarkan dia terus terusan berada dalam kesesatan atau jalan jalan mungkar? Bukankah menjadi tanggungjawab kita sebagai saudara seagama, untuk kita BERUSAHA dengan pelbagai cara untuk menariknya ke jalan yang LURUS kembali.....ini isah seorang sahabat Abdullah yang dikenal dengan panggilan 'Himar'....sering ditangkap dan dipukul oleh Rasulullah saw kerana kesalahan meminum arak.....lalu pada suatu ketika untuk sekian kalinya, Nabi saw menghukumnya, lalu sebahagian orang mengecamnya dan melaknatnya...lalu Baginda saw berkata "Janganlah kamu mengecam dan melaknatnya (si Abdullah) kerana aku tahu dia menyayangi Allah dan Rasulnya"......apa yang boleh dipelajari disini?? Sebenarnya, ini hakikat sebenarnya, namun KITA SERING LUPA/GAGAL MELAKUKAN MENGIKUT CONTOH NABI SAW (tanyakan kepada diri, adakah kita ini tergolong sebagai umat Muhammad saw jika kita tidak mencontohi cara Nabi saw) biarpun sahabat dan teman kita melakukan kesalahan, janganlah kita bersikap seperti seorang kafir mahupun berperangai seperti orang Yahudi, lalu dengan mudahnya kita mengecam dan melaknat teman dan sahabat kita, mahupun saudara seagama!
   

Bagi saya, jika kita lebih tahu, lebih faham, lebih faqih, lebih beragama, lebih berilmu, lebih beriman dan sebagainya......berbanding dengan teman dan sahabat atau saudara seagama yang mungkin kurang tahu, tergelincir dari jalanNya, lalu kita MENGECAMNYA, mendedah AIBnya, mengutuknya, menghinanya, mengatanya.... tidakkah itu gambaran bahawa kita GAGAL menasihati agama, GAGAL berDAKWAH, menunjuk jalan yang benar dengan cara yang baik dan berakhlak kepada teman kita itu! Tidakkah kita nanti akan disoal oleh Allah swt "Apakah yang engkau lakukan disaat saudara seagamamu melakukan kemungkaran? Adakah engkau berbuat sesuatu untuk menariknya kembali ke jalanKU"....saya fikir, jenuh kita hendak berSOAL JAWAB dengan Allah swt. nanti!

Add caption


Jadi utamakan apa yang lebih utama.....tidakkah Rasulullah saw telah menunjukkan contoh yang terbaik. Tidakkah Rasulullah saw mengajar kita agar nasihat menasihati, berdakwah sesama, menyeru kebaikan berbanding sebaliknya! Masyaallah! Marilah kita sesama mengorak langkah sederap bersama berusaha, jika tidak banyak, sedikit pun sudah cukup bagus!