Tuesday, 7 February 2012

Utama dan mengutamakan...!

Salam ukhuwwah....

Utama dan mengutamakan! Apa yang lebih utama? Makanan ke pakaian? tentu makanan sebab kalau tak makan boleh mati! apa yang lebih utama, makanan ke minuman? tentu minuman, sebab kalau tak minum, badan akan 'dehydrate' dan dalam tempoh 3 hari, boleh mati!....Mana yang lebih utama, udara ke air? tentu udara sebab tanpa udara yang dengannya kita bernafas, tentu dalam tempoh beberapa minit kita akan mati sesak nafas sebab tiada udara!
 

Mengertilah ilmu keutamaan! Pelajarilah ia! Mana yang utama....beriman atau tidak? Tentu IMAN itu lebih penting berbanding TIDAK BERIMAN sebab kalau kita mati sesak nafas, mati sebab kebuluran, mati sebab kemalangan, sebab sakit atau apa sahaja, tetapi tiada IMAN, tentu ia tidak berguna langsung, namun jika sebaliknya, kita punya IMAN, maka mati dalam apa jua cara sekalipun (bukan mati bunuh diri sebab ia tanda mati dalam keadaan tiada IMAN), ia tentu berguna buat memulakan perjalanan yang baru, kehidupan selepas MATI....mungkin pada pandangan manusia, baik kita mati kebuluran, baik mati kerana dibunuh atau apa sahaja sekalipun, ia seolah olah menyedihkan! Namun jika kita punya IMAN, ia bekal yang amat berharga buat kita menemui Illahi!
   

Begitu juga, dalam senario kita bersaudara sesama Islam, dan saudara seagama kita itu melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Islam dan peraturan, suruhan dan larangan Allah dan Rasulnya, mungkin bukan semuanya, mungkin ada sebahagian tingkah lakunya  adalah bertentangan dengan Islam, malah menuruti jalan jalan munafik....apa yang lebih UTAMA? Adakah lebih lebih utama untuk kita menasihati saudara seagama kita itu berbanding kita mengecamnya, menyisihnya, membiarkan dia terus terusan berada dalam kesesatan atau jalan jalan mungkar? Bukankah menjadi tanggungjawab kita sebagai saudara seagama, untuk kita BERUSAHA dengan pelbagai cara untuk menariknya ke jalan yang LURUS kembali.....ini isah seorang sahabat Abdullah yang dikenal dengan panggilan 'Himar'....sering ditangkap dan dipukul oleh Rasulullah saw kerana kesalahan meminum arak.....lalu pada suatu ketika untuk sekian kalinya, Nabi saw menghukumnya, lalu sebahagian orang mengecamnya dan melaknatnya...lalu Baginda saw berkata "Janganlah kamu mengecam dan melaknatnya (si Abdullah) kerana aku tahu dia menyayangi Allah dan Rasulnya"......apa yang boleh dipelajari disini?? Sebenarnya, ini hakikat sebenarnya, namun KITA SERING LUPA/GAGAL MELAKUKAN MENGIKUT CONTOH NABI SAW (tanyakan kepada diri, adakah kita ini tergolong sebagai umat Muhammad saw jika kita tidak mencontohi cara Nabi saw) biarpun sahabat dan teman kita melakukan kesalahan, janganlah kita bersikap seperti seorang kafir mahupun berperangai seperti orang Yahudi, lalu dengan mudahnya kita mengecam dan melaknat teman dan sahabat kita, mahupun saudara seagama!
   

Bagi saya, jika kita lebih tahu, lebih faham, lebih faqih, lebih beragama, lebih berilmu, lebih beriman dan sebagainya......berbanding dengan teman dan sahabat atau saudara seagama yang mungkin kurang tahu, tergelincir dari jalanNya, lalu kita MENGECAMNYA, mendedah AIBnya, mengutuknya, menghinanya, mengatanya.... tidakkah itu gambaran bahawa kita GAGAL menasihati agama, GAGAL berDAKWAH, menunjuk jalan yang benar dengan cara yang baik dan berakhlak kepada teman kita itu! Tidakkah kita nanti akan disoal oleh Allah swt "Apakah yang engkau lakukan disaat saudara seagamamu melakukan kemungkaran? Adakah engkau berbuat sesuatu untuk menariknya kembali ke jalanKU"....saya fikir, jenuh kita hendak berSOAL JAWAB dengan Allah swt. nanti!

Add caption


Jadi utamakan apa yang lebih utama.....tidakkah Rasulullah saw telah menunjukkan contoh yang terbaik. Tidakkah Rasulullah saw mengajar kita agar nasihat menasihati, berdakwah sesama, menyeru kebaikan berbanding sebaliknya! Masyaallah! Marilah kita sesama mengorak langkah sederap bersama berusaha, jika tidak banyak, sedikit pun sudah cukup bagus! 

No comments:

Post a Comment