Konsep Khalifah Jiwa
Lembaran
perjalanan kehidupan bermula apabila insan dicipta dan dilahirkan ke dunia ini
untuk memikul amanah sebagai Khalifah Allah swt di atas mukabumi. Ia dijadikan
untuk memikul amanah mentadbir dan menjadi ‘hamba’ Allah dengan melakukan
segalanya atas dasar KERANA ALLAH dan beribadah untukNYA. Dunia ini merupakan
tapak untuk insan mengagungkan keESAan Allah, mentauhidkan Allah swt dan
melakukan amar maaruf dan nahi mungkar mengikut perintah dan lunas serta
larangan laranganNYA.
Terkandung
didalam dirinya beban amanah (DUTIES) yang diterjemahkan dalam bentuk amalan
amalan (DEEDS) dalam kehidupannya. Ini disoroti oleh hakikat keimanan kepada
Allah swt melalui konsep 3i iaitu ketauhidan manusia kepadaNYA (IMAN),
perlaksanaan perkara perkara ketauhidan kepadaNya (ISLAM) dan juga
keikhlasannya (IHSAN) dalam melaksanakan semua perkara perkara tersebut.
Hakikat ini diterjemah dalam bentuk kemandirian manusia melalui konsep ilmu (ILM)
yang dengannya insan mengetahui hakikat siapa itu Tuhannya dan hakikat ilmu itu
sendiri akan memandu manusia kepada Rabb nya (TuhanNya). Konsep Ilmu ini
dipandu oleh wahyu Illahi dalam bentuk alQuran yang menjadi tunjang rujukan
sistem nilai hakiki dari Khaliq lalu diperincikan melalui Sunnah RasulNya
Muhammad saw. Inilah juga yang digelar sebagai sistem RABBANI. Ilmu yang tidak
dipandu kepada sistem rabbani ini akan menyebabkan manusia melewati sempadan
nilai etika dan akhlak kehidupan. Inilah kepercayaan yang menjadi sistem nilai
atau “Belief System” dalam diri seseorang insan, lalu insan itu menjalani
kehidupan dalam komposisi yang teratur dan saling memerlukan antara satu sama
lain, yang hidup dalam masyarakat (SOCIETY) dan menggunakan alam (ENVIRONMENT) ini
untuk kehidupannya.
Perkaitan
manusia dengan Allah iaitu hubungannya dengan Penciptanya (HABLUM MINALLAH) menjadi
tunjang kehidupan insan manakala appresiasi hubungannya dengan insan lain (HABLUM
MINAN NAAS) serta alam adalah gabungan kehidupan itu sendiri. Semuanya bermotifkan
keseimbangan kehidupan di dunia bagi mencapai hakikat kehidupan abadi di
akhirat. Semua ini menjadi suatu gabungjalin yang utuh dalam kehidupan insan
kerana tidaklah insan itu wujud dalam bentuk fizikal semata mata melainkan ia
punya rupabentuk jasmani, rohani, aqal fikiran dan nafsu. Segalanya perlu
tunduk dan patuh kepada Sang Pencipta sebagai manifestasi keimanan kepadaNYA.
Justeru, amatlah penting untuk memahami bahawa insan itu berupa jasmani,
rohani, aqal dan nafsu yang perlu diperkukuhkan perkaitannya antaranya menjadi
suatu gabungan nilai yang bersepadu lalu menatijahkan konsep Khalifah Jiwa yang
membentuk kerangka kehidupan manusia.
Khalifah
Jiwa adalah gabungjalin konsep yang mematuhi prinsip prinsip keimanan,
ketaqwaan, keislaman dan keihsanan seorang insan dalam rupabentuk jasmani,
rohani, aqal dan nafsu yang mengakar dalam hidup seorang insan lalu menjadikan
ia hamba Allah yang sebenar benarnya. Jika tiadanya Khalifah Jiwa dalam diri
seorang insan, maka akan hilanglah jatidiri, terumbang ambinglah kehidupan,
bejatlah aqal dek kerana tewasnya ia kepada nafsu lalu melatalah kemungkaran
diatas mukabumi ini kerana natijah hilangnya iman dan taqwa.
Khalifah
Jiwa tuntas akan memberi sinar terang dalam kehidupan insan kerana ia
menyeimbangkan semua hubungan dan komponen kehidupan insan. Ia adalah model
kehidupan seimbang berdasarkan Quran dan Sunnah NabiNya. Ia membentuk AKHLAK
insan dalam menjalani kehidupan di dunia ini yang akan menentukan hasilan
hasilannya di akhirat kelak. Ia menentukan insan agar sentiasa dalam keadaan
FITRAH, iaitu suci dalam bentuk pemahaman kehambaannya kepada Penciptanya.
Insan yang punya jiwa kekhalifahan yang utuh didalam diri akanmenjadi peribadi
contoh buat dirinya sendiri malah mereka yang terdekat dengannya lalu insan itu
mengikuti jalur maaruf yang diredhai olehNYA yang membawa kebaikan untuk
dirinya sendiri dan masyarakat.
Semarakkan Khalifah Jiwa dalam diri, kelak kalian kan mampu Kenali Diri dan Membina Identiti serta Jatidiri......
wallahualam!
No comments:
Post a Comment