Wednesday 29 May 2013

Tajdid dalam khutbah!

http://alwiyunus.blogspot.com/2013/05/mengapa-tiada-kesan-atau-memberi-makna.html

Assalamualaikum wrt.wbt

Khutbah....proses penyampaian yg menjadi rukun dalam solat Jumaat! Sesuatu yang biasa kita dengar! Sejak dulu hingga kini! Berbagai maksud dan gaya serta tema! Dari yang paling membosankan, 'streotype' kepada yang sangat menarik! Kebanyakannya berkisar kepada Islam, jarang sekali yang berkisar tentang dunia lalu diislamkan!

Aku belum pernah lagi sehingga hari ini mendengar khutbah yang membicarakan tentang 'street soccer' misalnya lalu dikupas dalam konteks riadah dan kepentingannya dalam membentuk ukhuwwah, menjadikan masjid dan surau sebagai pusat aktiviti dan pusat riadah! Bagaimana 'street soccer' ini penting utk belia dan remaja! Lalu kita tawarkan ia sebagai satu pakej yang mereka terima untuk mendekati masjid, mendengar kuliah motivasi remaja dan belia di masjid, hanya melalui platform 'street soccer'! Penerima hadiah kemenangan menerima hadiah lumayan yang mensyaratkan mereka membawa rakan mereka menyertai qiyamullail sebagai contohnya! Belum ada lagi yang sedemikian dalam khutbah khutbah yang saya dengari setakat ini sepanjang hidup saya!

Mungkin mendengar khutbah yang membicarakan tentang IT dan bagaimana mengawal anak anak, serta mendidik anak atau semua orang kaedah menggunakan IT untuk pelajaran, pengetahuan, dakwah dan sebagai sumber meningkatkan iman dan memperbanyakkan pahala! Atau khutbah yang ditujukan khas untuk memaklumkan dan menyelesaikan masalah masalah setempat di sesebuah komuniti, sebagai contoh masalah anak anak yang masih berkeliaran walau hari telah gelap (masuk waktu maghrib) atau anak anak yang masih berkeliaran walau waktu sudah menjengah tengah malam! Ini masalah setempat! Lihat anak anak kita berpeleseran tidak pada waktunya! Bersiar siar bersama rakan ini bagus akan tetapi perlu ada kawlaan dan pada waktu yang sesuai!....


Biasanya khutbah menjurus kepada sesuatu yang berulang ulang setiap kalinya! Sesuatu yang sangat umum! Sesuatu yang tidak fokus kepada masalah setempat! Tidaklah khutbah sedemikian itu salah, akan tetapi perlu ada variasi dan kreativiti supaya faedah dan kesan dapat dinikmati oleh para jemaah! Bukan berkhutbah hanya semata mata kerana ia rukun dalam Solat Jumaat!

Khutbah terlalu panjang juga biasa saya temui! Seolah olah segalanya mahu disampaikan pada saat dan waktu itu! Manakala khutbah yang menjerit2 akibat pengkhatib yang terlalu bersemangat dan juga sistem 'kawalan audio' yang sangat kuat bunyinya juga biasa saya dengari! Itu belum lagi khutbah yang menghentam berbanding membina lalu ia memancarkan aura negatif kepada semua jemaah!! (Kalian tentu faham apa maksud saya ini)!....

Sudah sampai masanya kita membuat pembaharuan, memberi nilai tambah terhadap isi kandungan khutbah dan kaedah penyampaiannya agar ia segar dipenuh mesej mesej membina, positif dan memberi kesan positif kepada pendengar dan para jemaah! Insyaallah!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 5 March 2013

Anugerah untuk Koperasi Khalifah Jiwa


Anugerah yang diterima oleh Koperasi Khalifah Jiwa milik semua yang bertungkus lumus menganjurkan Program Transformasi Hijrah Diri di UIAM sempena sambutan Maal Hijrah 1434H

Wednesday 13 February 2013

Saat takbir kebesaran di laungkan!

Salam ukhuwwah... 

Tiap kali pabila waktunya tiba....saat takbir diangkat, saat insan mahu ketemu Rabbnya...saat solat didirikan, maka kalimah Allahu Akbar meluncur keluar dari mulut insan insan beriman....namun, sedari atau tidak, cuba kalian berhenti dan amati seketika akan maknanya...Allah Maha Besar! Mengapa Allah Maha Besar? 


Allah Maha Besar itu diungkap kerana pada saat itu sepatutnya hati dan jiwa serta aqal terfokus kepadaNYA kerana dia yang Maha Besar, perkara, benda atau makhluk lain hanya kecil sahaja...segalanya yang ada pada kita, yang ada disekeliling kita, yang kita simpan di akaun bank, yang kita miliki di rumah, di kampung, yang hidup bersama kita (isteri, anak anak, keluarga, saudara mara)...semuanya seolah olah kecil sahaja...tiada makna tiada ertinya segalanya kerana saat takbir diangkat......Allah lebih utama...segalanya menjadi kecil kerana DIA Maha Besar. 

Apa maknanya solat kita jika, saat sekujur tubuh berdiri menghadapnya...hati berfikir soal dunia, soal kerja, soal perut, soal harta, soal kasut@selipar mahal yang kita tinggalkan di perkarangan masjid tadi sebelum masuk ke dewan solat...tentunya, jika sedemikian itu berlaku, kita telah memBESARkan dunia berbanding Allah yang Maha Besar!! Tidakkah begitu! Ayuh renungkan.... 


Itulah maknanya saat kebesaran tiba....iaitu kalimah Allahu Akbar...segalanya adalah kecil, dan perkara atau benda yang kecil itu, kita tinggalkan seketika lalu kita beri tumpuan kepada DIA yang Maha Besar, Maha Agung....cuba fikirkan, adakah patut, kita mahukan syurga milikNYA (yang bukan milik kita pun, kita hanya diJANJIkan olehNYA untuk masuk syurga dengan SYARAT SYARAT tertentu) namun kita permainkan kebesaranNYA! Adakah patut, kita mahukan redha dan rahmatNYA lalu kita kecilkan takbiratul ihram saat solat didirikan, saat kita ber'temu' denganNya.... fikiran melayang ke tempat dan perkara lain samada perkara yang akan kita lakukan atau yang telah berlalu...hati tidak terfokus kepada Allah!

Fikirkan sejenak, renungkan sejenak..agungkan DIA, besarkan kalimahNYA....kalian kan ketemu bahagia dan lazatnya IMAN!! Hebatnya komunikasi antara makhluk dengan Khaliq hinggakan anugerah solat ini diberi kepada insan hebat Rasulullah saw secara terus, apabila Nabi saw mengadap Rabbul Jalil. Tentunya peristiwa sedemikian bukan calang calang erti dan maknanya betapa solat ini dan proses memBESARkan Khaliq ini adalah sesuatu yang sungguh istimewa. lalu mengapa kita begitu cuai setiap kalinya! Ah begitu juga aku ini....sentiasa cuai dan curang dalam solat...fikiran mudah melayang, hati terkenang perkara duniawi berbanding merasa kecil dan hina...

Carilah diri, binalah jiwa khalifah dalam diri kerana kita adalah khalifah (wakil) Allah di mukabumi ini!....bayangkan, setiap hari kita mengangkat tangan bertakbir, memenuhi seruan solat, lalu pada akhirnya kita dapati bahawa apa yang kita lakukan sehari hari itu selama puluhan tahun, hanya debu debu halus yang berterbangan tiada nilainya di sisi Allah hanya kerana ia sia sia di sisi Allah swt. Mengapa? Ada banyak sebabnya! Ketahuilah ia dengan menagih ilmu dan mendalami pengetahuan akan apa sebabnya. Ruginya kita, jika akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita lakukan selama ini hanya sia sia?

Aku berpesan dan mengingatkan diriku dan juga kalian agar hati kita tidak berbolak balik dan sentiasa tetap mengingatiNya samada didalam solat mahupun diluar solat! Ameen Ya Rabb..... 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 9 January 2013

BUKU KOMPAS JIWA......

Salam ukhuwwah.....

Buku terbaru terbitan Koperasi Khalifah Jiwa sudah ada....!

Sila dapatkan buku KOMPAS JIWA: MENCARI JALAN YANG BENAR MENUJU JIWA YANG BAHAGIA....

Sila dapatkan di Koperasi Khalifah Jiwa Selangor Berhad, No 50-2, Jalan Presiden FU1/F, Accentra Glenmarie, 40150 Shah Alam....No TEL: 03-55699177


Sayangi Hati.....dengan meladeni sebaiknya!


Meladeni HATI

Salam ukhuwwah....


Cuba sebentar muhasabah senarai semak ini.....moga moga simptom simptom ini segera dikenal pasti agar tidak melarat dan menjadi penyakit yang sukar diubati.

Kalian resah, gundah gulana, tidak tenteram, fikiran serabut, hati merasa seolah olah ada yang tidak kena.....emosi menjadi gersang, hati dan fikiran gersang dan kosong??

Kalian marah marah, hubungan dingin sesama rakan taulan apatah lagi suami isteri mahupun dengan anak anak. Kesilapan menjadi tumpuan berbanding kebaikan dan perkara perkara yang baik. Pantang silap sedikit, kalian melenting?

Hidup seolah olah kosong, tidak tahu apa yang mahu dilakukan? Tercari cari apa tapi tidak tahu apa? Kegembiraan dan kebahagiaan seolah olah telah luput.....malas dan putus asa menjadi igauan dalam fikiran dan hati. Apa apa yang dikerjakan seharian seolah olah tidak bererti. Kalian menyampah dengan situasi seharian, jemu di sana sini. Hati menjerit mahu keluar dari semua ini!

Kehidupan pula dirasakan amat susah.....segala galanya susah. Dahulu perkara yang kita suka sudah menjadi sesuatu yang kita benci!

Jika ini berlaku.....bersegeralah beristigfar banyak banyak....bersegeralah mengambil wuduk dan membaca Quran....warattilir Quraan na tartiila!

Ada penyakit sedang melanda, ada virus yang sedang menyerang...dimana? HATI KITA! Kalian perlukan Kompas Jiwa.....lakukan langkah langkah ini seperti yang disarankan oleh Ibrahim al-Khawwaas ra:

“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. 


1. Bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. 

2. Menghindari perut dari terlalu kenyang atau dengan berpuasa.

3. Bangun (qiamullail) di waktu malam.

4. Banyak beristighfar di sepertiga malam

5. Sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.


Ingatlah....Nabi saw pernah bersabda "Izaa solahat, solahal jasadu kulluh wa izaa fasadat, fasadal jasadu kulluh....wa hiya QALB-HATI! Jika baik@sihat maka sihatlah badan keseluruhannya, dan jika sakit@buruk maka sakitlah tubuh badan keseluruhannya, itulah QALBU atau HATI!