Pada hemat saya bukan sekadar sahabat kita menjadi cermin kepada diri kita tetapi sikap dan keperibadian yang kita tonjolkan juga menjadi cermin kepada dalaman diri kita. maka dengan kepercayaan itu, ia menjadi satu peringatan buat diri sendiri terutama dalam kontkes membina dan mentarbiyah anak-anak atau meneladani orang lain disekeliling kita.
Cermin diri ini amat penting kerana apa yang kita portray kepada anak-anak maka itulah yang akan mereka pelajari dan ikuti. maka ibu bapa sebenarnya adalah satu cermin yang sentiasa terpamer kepada anak-anak. Mungkin jika kita katakan bahawa anak-anak berjauhan dari kita misalnya, namun percayalah aura kebaikan yang kita berikan biarpun kepada orang lain namun ia akan terpercik kepada anak-anak kita. jadi begitulah sebaliknya, jika kejahatan yang kita lakukan maka tidak mustahil anak-anak kita boleh melakukan perkara yang sama. i(ni tidak semestinya kepada anak-anak, ia juga boleh diaplikasikan kepada rakan, jiran, orang-orang yang ada disekeliling kita). Saya seringkali mengatakan bahawa..."kita adalah apa yang kita beri pada kehidupan kita" .Ia seperti satu karma, namun dalam Islam kita percaya bahawa kebaikan yang dilakukan pasti akan dibalas dengan kebaikan maka begitulah sebaliknya. Jika tidak didunia pasti kita akan mendapat balasannya di akhirat nanti.

Bagi memahami yang tersirat disebalik cermin diri...pengakhir bicara saya pada Jumaat yang mulia ini, marilah kita sama-sama menjadi cermin yang terbaik buat orang-orang sekeliling kita. Jangan menjadi cermin yang terserpih hingga membias beribu wajah...
No comments:
Post a Comment