Tiap kali pabila waktunya tiba....saat takbir diangkat, saat insan mahu ketemu Rabbnya...saat solat didirikan, maka kalimah Allahu Akbar meluncur keluar dari mulut insan insan beriman....namun, sedari atau tidak, cuba kalian berhenti dan amati seketika akan maknanya...Allah Maha Besar! Mengapa Allah Maha Besar?
Apa maknanya solat kita jika, saat sekujur tubuh berdiri menghadapnya...hati berfikir soal dunia, soal kerja, soal perut, soal harta, soal kasut@selipar mahal yang kita tinggalkan di perkarangan masjid tadi sebelum masuk ke dewan solat...tentunya, jika sedemikian itu berlaku, kita telah memBESARkan dunia berbanding Allah yang Maha Besar!! Tidakkah begitu! Ayuh renungkan....
Fikirkan sejenak, renungkan sejenak..agungkan DIA, besarkan kalimahNYA....kalian kan ketemu bahagia dan lazatnya IMAN!! Hebatnya komunikasi antara makhluk dengan Khaliq hinggakan anugerah solat ini diberi kepada insan hebat Rasulullah saw secara terus, apabila Nabi saw mengadap Rabbul Jalil. Tentunya peristiwa sedemikian bukan calang calang erti dan maknanya betapa solat ini dan proses memBESARkan Khaliq ini adalah sesuatu yang sungguh istimewa. lalu mengapa kita begitu cuai setiap kalinya! Ah begitu juga aku ini....sentiasa cuai dan curang dalam solat...fikiran mudah melayang, hati terkenang perkara duniawi berbanding merasa kecil dan hina...
Carilah diri, binalah jiwa khalifah dalam diri kerana kita adalah khalifah (wakil) Allah di mukabumi ini!....bayangkan, setiap hari kita mengangkat tangan bertakbir, memenuhi seruan solat, lalu pada akhirnya kita dapati bahawa apa yang kita lakukan sehari hari itu selama puluhan tahun, hanya debu debu halus yang berterbangan tiada nilainya di sisi Allah hanya kerana ia sia sia di sisi Allah swt. Mengapa? Ada banyak sebabnya! Ketahuilah ia dengan menagih ilmu dan mendalami pengetahuan akan apa sebabnya. Ruginya kita, jika akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita lakukan selama ini hanya sia sia?
Aku berpesan dan mengingatkan diriku dan juga kalian agar hati kita tidak berbolak balik dan sentiasa tetap mengingatiNya samada didalam solat mahupun diluar solat! Ameen Ya Rabb.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.