Friday 22 June 2012

Khalifah Jiwa? Siapa dan Apa?

Salam ukhuwwah...


Nota penjelasan ini adalah untuk teman teman diluar sana!


Khalifah Jiwa ialah terma yang digunapakai bagi menerangkan suatu konsep kehidupan dalam diri individu yang merajai dan menjadi kompas diri bersandarkan IMAN, ISLAM dan IHSAN. Pabila diri utuh IMAN, ISLAM dan IHSANnya, maka diri kan punya kompas dan panduan berdasarkan alQuran dan asSunnah lalu mampu memikul amanah sebagai khalifah Allah dimukabumi ini dan menjalani kehidupan penuh kebahagiaan dan ketaqwaan. 


Persoalannya, bagaimana ia perlu dilakukan? Bagaimana mempertingkatkan IMAN, ISLAM dan IHSAN (3i) dalam diri? Bagaimana membentuk kefahaman yang jitu tentang peristiwa peristiwa yang berlaku dalam laluan dan perjalanan kehidupan ini semuanya sangat berkait rapat dengan 3i ini? 


Sementelahan itu pula, alumni UIAM punya amanah besar yang perlu dipikul bagi menyebarluaskan konsep ini dalam masyarakat! Kita punya peranan istimewa sebagai daie, samada kita suka atau tidak! Kita perlu BERPERANAN dalam apa jua cara untuk membentuk masyarakat. The more we give the more we get!Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima, dalam konteks ini, bukan sahaja ia pemberian berbentuk sedekah dan derma akan tetapi sumbangan tenaga, fikiran, idea, ilmu, kreativiti juga amat didambakan hari ini dalam medah dakwah bagi memperkukuh Islam dikalangan masyarakat kita! Siapa lagi yang perku kita harapkan melainkan kita perlu bertindak dan bermula dari diri kita sendiri!


Berdasarkan konsep ini, suatu bentuk perancangan yang sistematik dan menyeluruh perlu dilakukan bagi menggembeleng usaha, kreativiti, dan idea supaya graduan dan lulusan UIAM dapat menyebarluas konsep ini dalam masyarakat melalui pelbagai program dan pengisian, dengan cara dan kapasiti yang pelbagai, metod dan pendekatan yang inovatif dan kreatif, agar masyarakat dapat memanfaatkan Khalifah Jiwa dalam diri. Aspirasi konsep Khalifah Jiwa ini adalah bermula dari sebuah buku bertajuk (3i-Formula Kejayaan Abadi dan Hakiki oleh Ustzh Sakinah Salleh-alumni UIAM).


Untuk menterjemahkan ia dalam kerangka dan platform yang dapat menerima idea, gagasan dan sumbangan semua alumni UIAM, maka Koperasi Khalifah Jiwa Selangor Berhad telah didaftarkan dan ditubuhkan awal tahun ini (2012), dan sejak itu, berbagai usaha, diskusi dan pakatan melalui jaringan sedia ada telah dilakukan dengan pelbagai pihak bagi merencana pengisian program bersama yang dapat diketengahkan kepada masyarakat umum. Insyaallah, Khalifah Jiwa akan punya bukunya sendiri tidak berapa lama lagi!


Untuk maklumat lanjut, sila layari www,koperasikhalifahjiwa.blogspot.com

No comments:

Post a Comment