Wednesday, 25 January 2012
Biasa dan membiasakan....yang baik!
Assalam semua...
"Alah bisa tegal biasa"....."sikit sikit lama lama jadi bukit" antara bidalan yg dikenal dalam dunia bahasa dan budaya Melayu...membawa makna agak berbeza antara keduanya namun prinsip utama yg tersirat ialah biasakan diri utk membiasakan. Bersikap konsisten, yang juga diajar dalam sunnah beragama iaitu ber'istiqamah'. Terus terusan melakukan, itulah yang terbaik. Ia konsisten dengan sabda Nabi saw dalam interpretasi maksud lebih kurang sebegini 'amalan yang sedikit jika dilakukan secara berterusan lebih baik dan disukai oleh Allah swt berbanding melakukan amalan yg berat dan besar hanya sekadar bermusim'.
Mengapa begitu?.............Melakukan kebaikan adalah proses yang dinamik, dan ia perlu berterusan, jika benar benar baik, maka tentunya susuk yang melakukan itu akan sentiasa melakukannya bila bila masa, jika ia ikut 'mood' atau bermusim, ia bukanlah natijah keimanan yang sebenar kerana sedemikian itu ia seolah olah berlaku disebabkan faktor LUARAN berbanding DALAMAN. Ia dilihat tiada ketulusan dan keikhlasan. Jika ia istiqamah melakukan sesuatu kebaikan dan amalan, ia adalah pancaran jiwa dan keimanan. Namun begitu, ia perlu peningkatan. Amalan sedia ada dilakukan selama puluhan tahun, ia boleh menjadi suatu rutin pula. Maka tahap peningkatan sedikit demi sedikit amat diperlukan kerana dinamisme IMAN itu ialah ia meningkat dan menurun, ia tidak duduk tetap pada satu satu kadar pada setiap masa, dan bagi membolehkan IMAN itu sentiasa dalam tingkatan yang MENINGGI, susuk itu harus melakukan amalan sedia ada secara istiqamah lalu menambah sedikit demi sedikit.
Tidakkah ada ungkapan bahawa "hari ini perlu lebih baik dari semalam" dalam usaha seseorang itu berMUHASABAH diri! Jika hari ini tidak lebih baik dari semalam, maka tingkatan IMAN itu dianggap sudah menurun. Berhati hati dengan keadaan IMAN yang menurun! Kerana turunnya tahap keimanan akan memberi impak kepada perlakuan. Benteng diri menjadi menipis, lalu susuk itu mudah terdedah kepada 'hasutan' dunia, lalu mudah sahaja melakukan kemungkaran. Jika ia anggota badan, maka mulut mudah sahaja memaki dan mengumpat, berbahasa kasar, dan lucah, intipati dosa semuanya, jika ia telinga, maka ia mudah mendengari perkara dan bunyi-bunyian 'aasi' atau maksiat dan juga 'lagho' iaitu perkara sia sia dan melalaikan. Jika ia kaki, maka beratlah kaki untuk menapak ke surau dan masjid malah bertambah ringan ke tempat tempat maksiat.
Cuba perhatikan dalam kehidupan seharian kita, jika kita bingkas bangun dari tidur apabila azan berkumandang di subuh hari, dengan mudah tanpa ada keluh kesah, tanpa ada rasa malas mahupun 'berat' di tubuh, bergembiralah bahawa 'hati' kalian itu hidup dengan nur cahaya dan petunjuk Illahi. Iman didada itu berada pada tahap yang sepatutnya pada ketika itu, maka jika sebaliknya, maka ketahuilah, ia menipis, jiwa gersang nur Illahi samada dari proses zikrullah yang berkurangan, amalan yang kurang mahupun makanan yang 'syubhah' atau diragui.....insyaallah, marilah kita sama sama biasakan diri dan membiasakan melakukan proses menjernihkan jiwa dan menigkatkan keimanan, kelak jiwa dan hati kan tenang serta tenteram, lalu terpancar kebahagiaan pada rasa dan kehidupan, kebahagiaan pada hubungan sesama dan seronoknya beribadah.
Justeru, marilah kita biasa dan membiasakan yang sedemikian!!! Mulakan segala proses 'biasa dan membiasakan' itu dengan memperkukuh SOLAT kalian, samada yang wajib mahupun yang sunat. Nikmati ia sebagai suatu anugerah dan bukan keterpaksaaan. Pasti pertolongan Allah kan mendatangi, petunjuk dan hidayahNYA kan menerangi, rahmat dan perlindunganNYA kan menaungi hidup. Ameen insyaallah!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment