Kehidupan seorang individu manusia itu tidak sempurna melainkan terjalin didalamnya suatu hubung kait yang unik. Hubungkait itu mendasari dan meliputi seluruh aspek kehidupan seorang insan. Jalinan ini adalah fitrah kehidupan, insan punyai hubungan dengan Penciptanya kerana insan itu dicipta dan bukan tercipta dengan sendiri. Apabila tercipta maka insan ialah makhluk dan punyai kehidupan sendiri dan memerlukan sekitaran untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini iaitu terjalinnya hubungan insan dengan alam. Inilah asas kepada seluruh kehidupan kita.
Hubungan ini diterjemah dalam bentuk perlunya insan untuk patuh kepada lunas lunas, peraturan peraturan serta syarat syarat yang ditetapkan oleh Allah yang tujuannya bukanlah untuk kepentinganNYA akan tetapi untuk kebahagiaan, kesenangan bagi memperoleh yang terbaik dalam kehidupan setiap insan. Ini dinatijahkan dengan insan dan alam saling bergantungan dan memerlukan sebagai kehidupan berpandukan kepada peraturan peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh Allah.
Rangkuman seluruh kehidupan itu terbina bila insan beriman kepada Allah yang tersirna melalui Rukun Iman yang dijadikan dasar kepada hubungan dengan Allah. Manisfestasi kepada keimanan itu terjalin melalui ibadah dan tindakan tindakan yang menjelaskan kedudukan insan sebagai hamba iaitu Rukun Islam dan apa sahaja yang terkandung didalamnya. Lantas, hubungan ini dimurnikan dengan keikhlasan si hamba iaitu insan dalam tindakan dan perlakuan seharian yang dinamakan sebagai IHSAN.
Maka jadilah apapun hamba itu, baik sebagai suami, isteri, ibu atau bapa, anak, menjawat jawatan sebagai peguam, doktor, pentadbir, mahupun hanya seorang petani atau menjadi orang biasa-biasa sekalipun, ia tetap mendokong dan memerlukan jalinan hubungkait dengan Allah dalam apa jua bentuk sekalipun. Ia sama sekali tidak boleh menolak dan menafikan hakikat bahawa dia amat memerlukan Allah dalam kehidupan ini. Keperluan insan terhadap Allah adalah hakiki sifatnya kerana keperluan ini memenuhi ruang kosong dalam jiwa manakala ALAM bertindak memenuhi keperluan fizikal melalui pemberian rezeki dari Allah. Ini selaras dengan hakikat penciptaan insan itu yang berupa fizikal, dan rohani. Keduanya ada keperluan yang perlu dipenuhi barulah seimbang daya dan rasa. Alam ciptaan Allah juga bergantung kepada manusia yang menjadi pemulihara dan pentadbirnya.
Dipetik dari buku 3i Iman Islam Ihsan : Formula Kejayaan Hakiki dan Abadi

No comments:
Post a Comment