Tuesday 10 January 2012

Ia tiba mengetuk JIWA!


Salam ukhuwwah...

Ada suatu saat dalam kehidupan, saat itu kita telah beriman, kita solat, kita sedekah, kita berzakah dan sebagainya....akan tetapi "jiwa kosong'..apabila kita pulang ke rumah, kita sendirian dibilik, jauh dari hiruk pikuk kehidupan, apabila berseorangan....kita rasa jiwa kosong! Tiada apa! Saat itu kita mencari cari, dimana lompongnya kehidupan, mengapa kehidupan begitu kosong! Seolah olah segala yang dilakukan tiada bererti! Tiada maknanya!

Saat itu, sebolehnya, teruskan bertanya tanya, tanyalah hati, teroboslah jiwa jauh ke dalam! Tanyakan soalan soalan hakiki! Apa yang aku cari dalam kehidupan ini? Adakah apa yang ada disekeliling ku ini ialah apa yang aku cari selama ini?? Tanya jiwa, adakah aku selama ini mencari cari sesuatu yang pasti aku tinggalkan jua akhirnya, dan aku terlupa dan meninggalkan apa yang pasti aku bawa? Tanyakan pada diri, apa yang pasti ditinggal itu? Dan apa yang pasti dibawa? Adakah keduanya seimbang? Adakah yang pasti aku tinggal itu lebih ku cari dan ku gilai berbanding dengan apa yang aku bawa? Tanyakan dimana harus kembali dan bermula semula? Teruskan retrospek diri, apabila saat saat ii tiba, jangan sesekali tidak diambil peduli, kerana sedar atau tidak, itulah saatnya Allah melimpahkan dan membuka pintu ointu kesedaran mahupun pintu hidayah. Hanya sanya kita perlu berusaha sendiri untuk memasukinya! Jika kita tidak ambil peduli, nescaya akan tiba saatnya, ia tiba sekali lagi saat kita terlalu menyesali ketibaannnya!

Jangan biar ia tiba disaat kita kesuntukan! Masa sentiasa 'menyembelih' umur kita! Jangan biarkan ia berlalu!Carilah jawapan jawapan itu! Carilah hingga ketemu! Jangan biarkan hati dan jiwa terus gersang, mulailah menyiram hati dan jiwa dengan cahayaNya! Penuh rasa dan manisnya IMAN! Sedari atau tidak, selama kita mengejar dan mencari dalam hela nafas kehidupan ini, kita TERLUPA untuk menyuburkan hati dan jiwa, menyuburkan iman kita....membiarkan ia gersang berbanding menyuburkan ia sentiasa! Ia bermula didalam, bukan dari luar...ia bermula dari kita sendiri!

Sedikit panduan, kembalilah kepada yang asas! Persoalkan mengapa kita diciptakan! Apa tujuan hidup di dunia. Rangkullah seeratnya prinsip bahawa, mencari dunia ini untuk kehidupan abadi! Ya benar, ramai dikalangan kita faham konsep ini! Namun, masih teraba raba dan tercari cari! Mengapa? Jawapannya ialah kerana ia tidak dijadikan sebagai asas kehidupan, sekadar tahu akan tetapi tiada pelaksanaan. Contohnya, seumpama mengaku beriman, solat dan puasa dan sebagainya akan tetapi tiada makna! Tiada jiwa dalam ibadah! Sudah sampai tahapnya kita punyai JIWA dalam BERIBADAH, dalam BERAMAL, dalam menjalani kehidupan ini! Punya JIWA KEHIDUPAN! Jika tiada jiwa.....maka kehidupan kita kosong! sentiasa merasa tidak berkecukupan, sentiasa merasa tidak tenang! Tiada keseronokan beriman! Tiada manisnya menjadi mukmin! Suburkan jiwa! Nescaya kekosongan yang dirasa kan menghilang! Kebahagiaan yang ditagih kan menjelma! Keseronokan dan manisnya berhadapan dengan Rabb kan dirasai! Ameen, insyaallah!

No comments:

Post a Comment